assalamualaikum Pictures, Images and Photos
syukran kepada yang sudi ziarah blog ini, semoga mendapat manfaat darinya. Salam Uhkwahfillah

MyCartopia.com Click here to get one


Salam Senyum Merajut Ukhwah Dari Kami

Ariffah Binti Ayub
Fatin Afikah Binti Mohd Zakaria
Hamidah Dahia Binti Rahman
Haslinda Binti Hussin
Jamilah Binti Ku Ahmad
Nor Ain Binti Norodin
Salfarina Binti Hassan
Siti Hajar Binti Arshad

================================================================================================

Thursday, October 15, 2009

sAlFaRiNa hAsAn


Assalamualaikum......
pertama kali saya ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang membatu saya dalam mencari ilmu terutama sekali kepada dr. Halim yang banyak memberi ilmu dalam mendidik kami sepanjang berada disini. Dengan ilmu yang diberi akan kami gunakan dengan sebaik yang mugkin dimasa akan datang dan dimana jua kami berada.....
Dalam subjek Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam mengajar saya cara2 bagaimana untuk membiasakan diri dalam menyampaikan sedikit sebanyak ilmu kepada generasi akan datang.Subjek ini juga telah mengajar saya erti seorang guru yang berwibawa dan berkeyakinan tinggi..

Wednesday, October 14, 2009

JAMILAH BT KU AHMAD



- JAMILAH BT KU AHMAD -

assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua rakan-rakan dan tidak dilupakan kepada pensyarah yang mengajar kursus ini, Dr Abd Halim Tamuri...pertama-tamanya syukur ke hadrat Ilahi dengan terbinanya blog kumpulan tutorial kumpulan kami yang insyaallah akan lebih memuatkan banyak ilmu yang berfaedah...

dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Abd Halim kerana telah memberikan tunjuk ajar kepada kami tentang kaedah pengajaran PI..saya akui saya masih lagi terkial-kial dan kaku apabila berada dihadapan untuk mengajar..insyaallah selepas ini saya akan membuat refleksi kendiri tentang segala komen yang telah diberikan kepada saya, dan saya mengharapkan saya dapat mempelajari sedikit demi sedikit tentang kaedah-kaedah pengajaran supaya tidak melakukan kesalahan di kemudian hari...insyaallah..

pada ketika ini juga,saya sebagai insan yang hina dan dhaif ingin menyusun sepuluh jari kepada pensyarah dan juga rakan-rakan seperjuangan di atas kesempatan dan peluang yang diberikan...

selamat menempuhi final exam yang akan tiba tidak lama lagi...semoga Allah memberikan yang terbaik kepada hamba-hambanya..Amin..

Monday, October 12, 2009

Hamidah Dahia Rahman


Assalamualaikum w.b.t..

Syukur ke hadrat Illahi dengan rahmat dan kurnianya dapatlah kami menyempurnakan pembinaan blog ini sebagai memenuhi keperluan tugasan bagi subjek Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang bekerjasama menyempurnakan tugasan ini, tidak lupa juga kepada Dr. Halim bin Tamuri selaku pensyarah kursus (GGGP3063) Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam yang telah banyak memberi tunjuk ajar terutama kaedah-kaedah pengajaran yang berkesan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran Pendidikan Islam.

Kami berharap blog ini sedikit sebanyak dapat membantu serta menjadi sumber maklumat, pandua dan rujukan kepada semua pendidik atau bakal-bakal pendidik.




Sunday, October 11, 2009

ARIFFAH BINTI AYUB


Assalamualaikum...
Alhamdulillah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan izinnya blog ini dapat disiapkan. Terima kasih diucapkan kepada rakan -rakan yang terlibat dan tidak dilupakan kepada Dr Ab Halim. Dengan adanya blok ini, Insya Allah dapatlah kita menimba dan berkongsi ilmu di dalamnya untuk memantapkan diri kita sebagai bakal guru yang akan memainkan peranan penting untuk masa depan agama kita.


Saya rasa amat berbangga dan bertuah kerana kita telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran dalam kursus Pengajaran Pendidikan Islam Ini. Hasil bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan panduan yang diberikan Dr. Halim dapat membantu kita untuk membentuk diri sebagai guru yang bukan sekadar mengajar malah dapat memainkan peranan bertepatan dengan konsep 5M yang telah didedahkan. Semoga apa yang telah diperolehi kita dapat aplikasikannya semasa di sekolah nanti..Mudah-mudahan dengan izinNya kita akan menjadi guru yang cemerlang, berjaya dunia dan akhirat. Insya Allah.

NOR AIN BINTI NORODIN



PRINSIP ASAS K E ARAH KEBERKESANAN P&P PENDIDIKAN ISLAM

Dr. Omar al-Syaibani (1978) merumuskan beberapa prinsip asas ke arah keberkesanan P&P Pendidikan Islam:
1) Mengetahui motivasi, keperluan dan minat pelajar.
2) Mengetahui tujuan belajar.
3) Mengetahui tahap kematangan pelajar.
4) Mengetahui perbezaan individu antara pelajar.
5) Menyediakan peluang pengalaman praktik.
6) Memerhatikan kefahaman dan mengetahui hubungan, integrasi pengalaman dan kelanjutannya, keaslian, pembaharuan dan kebebasan berfikir.
7) Menjadikan proses pendidikan itu sebagai pengalaman yang menggembirakan bagi pelajar.

Saturday, October 10, 2009

SITI HAJAR BT ARSHAD


Assalamualaikum w.h.t..

Alhamdulillah, dengan izinNya, dapatlah kami menyiapkan tugasan projek bagi kursus Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam ini ..

Tujuan utama blog ini dicipta adalah bagi memenuhi tugasan untuk subjek kaedah Pengajaran pendidikan Islam. selain tu, ia juga digunakan sebagai wadah untuk kami berdiskusi mengenai pelajaran bersama-sama rakan rakan yang lain mahupun pensyarah.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Abdul Halim bin Tamuri kerana banyak memberi tujuk ajar kepada kami dari segi kaedah pengajaran pendidikan islam. Semoga ilmu yang disampaikan oleh beliau dapat saya aplikasikan di sekolah kelak.

Ribuan terima kasih juga ingin saya ucapkan kepada rakan-rakan yang lain kerana banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini disamping dalam memberi ulasan-ulasan yang membina semasa dalam pengajaran mikro. selama 14 minggu kita sudah berjuang untuk perkuliahan dan juga menyiapkan segala tugasan yang diberi, kini tinggal 2 minggu sahaja lagi untuk kita menempuh final exam.

Akhir kata salam kemaafan untuk semua andai saya ada melakukan kesilapan disepanjang kita bersama.. بالتوفيق والنجاح في الامتحان...

" kejayaan tanpa usaha adalah mustahil, kegagalan setelah usaha adalah takdir.."

Wednesday, October 7, 2009

Fatin Afikah Bte Mohd Zakaria



Assalamualaikum w.b.t

Syukur kepada Rabbi kerana dengan izinNya pembinaan blog ini dapat direalisasikan. Alhamdulilah.

Di bawah bimbingan Ustaz Halim Tamuri, kursus kaedah pengajaran pendidikan islam yang di ajar pada kami pada semester ini telah banyak membantu dan memperbaiki kemahiran-kemahiran mengajar dalam kalangan kami selaku bakal-bakal graduan Guru Pendidikan Islam, UKM.

Terdapat banyak pendekatan berkaitan dengan isu-isu semasa yang didedahkan kepada kami agar lebih menjiwai dan menghasilkan sesi pengajaran & pembelajaran yang berkesan, sesuai dengan keadaan pelajar-pelajar yang ada pada waktu ini dan akan datang.


Wujud kesinambungan di antara kaedah-kaedah pengajaran pendidikan islam yang digunapakai ketika ini. Sejajar dengan keunikan pengajaran pendidikan Islam itu sendiri tanpa meletakkan penggunaan kaedah yang berasaskan teknologi di belakang.

Ucapan jutaan terima kasih buat murabbi kami, Ustaz Halim Bin Tamuri di atas tunjuk ajar dan bimbingan dari beliau sepanjang berlangsungnya pengajaran kursus Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam sem 1 sesi 09/10.

Juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan di atas kerjasama dan bantuan yang dihulur kepada saya. Syukran Ala Kulli Hal.




"Sesungguhnya jalan-jalan dakwah itu sememangnya penuh jerih dan payah, kerana hasil dakwah yang hikmah itu membuahkan sejuta kemanisan dan senyuman di negeri Akhirat sana"


Monday, October 5, 2009

Haslinda Binti Hussin


~Haslinda Hussin~

assalamualaikum kepada sahabat-sahabat...

:: alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi..
:: akhirnya blog ini dapat direalisasikan demi memenuhi
tugasan bagi kursus kaedah pengajaran pendidikan islam...
:: kursus ini banyak membantu saya dalam memperbaiki
kaedah pengajaran yang bakal saya praktikkan semasa
mengajar di sekolah nanti...
:: terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang
banyak memberi kerjasama untuk menjayakan projek blog
ini....
:: tidak lupa juga kepada Dr. Abdul Halim Tamuri kerana
banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu yang berkesan dan
sangat bermanfaat untuk diri saya kelak...


:: " tiada kejayaan manis yang dapat diraih tanpa
melalui dugaan yang pahit.." ::