Assalamualaikum...
Alhamdulillah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan izinnya blog ini dapat disiapkan. Terima kasih diucapkan kepada rakan -rakan yang terlibat dan tidak dilupakan kepada Dr Ab Halim. Dengan adanya blok ini, Insya Allah dapatlah kita menimba dan berkongsi ilmu di dalamnya untuk memantapkan diri kita sebagai bakal guru yang akan memainkan peranan penting untuk masa depan agama kita.
Saya rasa amat berbangga dan bertuah kerana kita telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran dalam kursus Pengajaran Pendidikan Islam Ini. Hasil bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan panduan yang diberikan Dr. Halim dapat membantu kita untuk membentuk diri sebagai guru yang bukan sekadar mengajar malah dapat memainkan peranan bertepatan dengan konsep 5M yang telah didedahkan. Semoga apa yang telah diperolehi kita dapat aplikasikannya semasa di sekolah nanti..Mudah-mudahan dengan izinNya kita akan menjadi guru yang cemerlang, berjaya dunia dan akhirat. Insya Allah.



0 komentar:
Post a Comment