assalamualaikum Pictures, Images and Photos
syukran kepada yang sudi ziarah blog ini, semoga mendapat manfaat darinya. Salam Uhkwahfillah

MyCartopia.com Click here to get one


Salam Senyum Merajut Ukhwah Dari Kami

Ariffah Binti Ayub
Fatin Afikah Binti Mohd Zakaria
Hamidah Dahia Binti Rahman
Haslinda Binti Hussin
Jamilah Binti Ku Ahmad
Nor Ain Binti Norodin
Salfarina Binti Hassan
Siti Hajar Binti Arshad

================================================================================================

Sunday, October 11, 2009

ARIFFAH BINTI AYUB


Assalamualaikum...
Alhamdulillah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan izinnya blog ini dapat disiapkan. Terima kasih diucapkan kepada rakan -rakan yang terlibat dan tidak dilupakan kepada Dr Ab Halim. Dengan adanya blok ini, Insya Allah dapatlah kita menimba dan berkongsi ilmu di dalamnya untuk memantapkan diri kita sebagai bakal guru yang akan memainkan peranan penting untuk masa depan agama kita.


Saya rasa amat berbangga dan bertuah kerana kita telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran dalam kursus Pengajaran Pendidikan Islam Ini. Hasil bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan panduan yang diberikan Dr. Halim dapat membantu kita untuk membentuk diri sebagai guru yang bukan sekadar mengajar malah dapat memainkan peranan bertepatan dengan konsep 5M yang telah didedahkan. Semoga apa yang telah diperolehi kita dapat aplikasikannya semasa di sekolah nanti..Mudah-mudahan dengan izinNya kita akan menjadi guru yang cemerlang, berjaya dunia dan akhirat. Insya Allah.

NOR AIN BINTI NORODIN



PRINSIP ASAS K E ARAH KEBERKESANAN P&P PENDIDIKAN ISLAM

Dr. Omar al-Syaibani (1978) merumuskan beberapa prinsip asas ke arah keberkesanan P&P Pendidikan Islam:
1) Mengetahui motivasi, keperluan dan minat pelajar.
2) Mengetahui tujuan belajar.
3) Mengetahui tahap kematangan pelajar.
4) Mengetahui perbezaan individu antara pelajar.
5) Menyediakan peluang pengalaman praktik.
6) Memerhatikan kefahaman dan mengetahui hubungan, integrasi pengalaman dan kelanjutannya, keaslian, pembaharuan dan kebebasan berfikir.
7) Menjadikan proses pendidikan itu sebagai pengalaman yang menggembirakan bagi pelajar.